Thursday, May 13, 2010

roti ban manis

bahan doh sponge (1/2 adunan)

560gm epung high protin
335gm air sejuk
7gm yis segera



cara membuatnya :

1. satukan semua bahan dalam mangkuk pengadun dan putar kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga doh tidak melekit. kemudian masukkan dalam bekas atau plastik dan biarkan ia mengembang selama 3-4 jam.


bahan doh roti (1/2 adunan)

240gm tepung roti
160gm gula kastor
16gm yis segera
30gm susu tepung
12gm bread improver
12gm garam halus
55gm air sejuk
1 bijil telur gred A
80gm mentega
40gm lemak sayur (shortening)


cara membuatnya.
1. satukan bahan kering dan gaul rata. garam dan yis harus diletakkan berjauhan di dalam bekas sebelum di gaul. di gaul dengan menggunaka speed sederhana. kemudian masukan telur dan air perlahan-lahan. putar sehingga menjadi doh.

2.setelah itu masukkan sponge doh yang telah dibuat terlebih 3 jam awal tadi sedikit demi sedikit selama beberapa minit.

3. kemudian masukkan mentega dan lemak sayuran ke dalam adunan dan putar selama 20 minit. ( nak masukkan semua mentega pun boleh, lemak sayuran cuma mahu menjimatkan kos)

4. selepas itu, cuba cubit sama ada ianya elastic dan tidak koyak.

5. selepas itu, rehatkan selamat 10 minit dan tutup dengan plastik.

6. timbang dalam 40gm setiap doh, dan bulatkan. kemudian rehatkan dalam 10 minit. kemudian barulah dibentukkan dan dibiarkan mengembang kali kedua selama 1 jam 30 minit. kemudian gliskan telur dan bakar pada 190celcius selama 10-12 minit.

No comments:

Post a Comment