Thursday, May 13, 2010

resepi tartlet

pastri tart

bahan-bahan
250gm mentega
120gm gula kastor
1 biji telur gred A
450gm tepung gandum
2 sudu teh air
1 sudu teh vanilla

cara membuatnya:

1. putar gula, mentega sehingga kembang.
2. kemudian masukkan esen vanilla dan juga telur.
3. kemudian masukan air. pukul sehingga betul-betul kembang.
4. akhir seklai masukkan tepung yang diayak perlahan-lahan. sehingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat.
5. kemudian keluarkan doh tadi, masukkan dalam plastik dan rehatkan selama 10 minit di dalam peti ais. kemudian barulah dibentukkan ke dalam mangkut tart.
keadaan kulit tart tidak tebal atau etrlalu nipis. sederhana sahaja.
6. cucuk-cucukkan dengan garpu kemudian bakar 1/2 masak.
7. kemudian keluarkan dan masukkan toppingnya.
8. bakar 180celcius selama 20 minit.


bahan inti
Tat Telur

bahan A
500ml air suam
250gm gula kastor

bahan B
10 biji telur
200ml susu segar(sejuk)

cara membuatnya:

1. air suam dan gaul di kacau sehingga gula hancur.
2. kemudian pukul susu dan telur dan pukul sehingga sebati.
3. kemudian masukan bahan b ke dalam bahan a. putar sebati.
4. tapiskan dan tuang ke dalam kulit tat.

No comments:

Post a Comment