5.45 ptg, aku keluar dari office. cuaca mendung diluar. aku memandu menuju ke destinasi berikutnya ke pasar malam kota damansara. emm..apa nak makan tuk buka puasa hari ini? otak aku ligat berfikir sambil memandang gerai ke gerai.
aduhai..sedapnya kalau dapat makan ikan parang goreng panas dng nasi, ulam sayur kangkung celur. cukup puas rasanya.
berapa kak, harga ikan ni. rm 16.80. Allahuakbar..mahalnya. pd hal dua kerat je ni. takpelah, psl teringin, aku bayar lah jugak.
aku berpatah mencari sayur pula. oppsss... kaki aku terhenti seketika.
Allahuakbar....aku bersyukur nikmat mu kerana tenaga dan rezeki yang aku perolehi ini menjaga maruah ku. anakku..bertuahnya dirimu, berjalan menaiki kereta, bermain di dalam rumah berhiaskan pelbagai permainan, berpakaian cantik dan selesa.
aduhai...kakinya kudung sebelah. di pangkuaannya anak kecil sedang nyenyak tidur. tangannya menadah-nadah not-not ringgit mahu pun besi sen. aduhai...sayunya hati ku. nak ku tanya..mata ku menjeling ke sana sini. mungkin ada yang menunggu, bisik hatiku. lalu niat hanya tuk anak itu. aku letakkan not ringgit di dalam tangannya. sepanjang perjalanan ke destinasi berikutnya. fikiran aku tidak lepas pada wanita berkulit manis itu. mungkin bukan bangsa sini. apa daya untuk membantu. jika ada kekuatan mahu saja aku menatang anak kecil itu untuk dipelihara. dummm..guruh diluar. makin sayu hati. aimi akan berada di dalam kereta 5 minit lagi. anak kecil itu, mungkin dibawah payungan dari hujan.
aduhai insan...selagi bernama manusia. inilah dia dugaan-dugaannya. biar berhambakan mu ya Allah. dari berhambakan sesama manusia.
Tuesday, April 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment