vroom..vroom..vroom...
laju,laju...
apa yang Tasha buat ni? mari mama tengok apa yang Tasha lukis ni.
Wah, anak mama ni dah ada impian beli kereta ya.
comelnya kereta Tasha warna merah..
papa ku pulang dari kota
papa ku belikan kereta
kereta kecil warna merah
boleh ku bawa ke sekolah
pon..pon..pon kereta kecil ku berbunyi
marilah adik mari naik
boleh ku bawa jumpa nenek..
hehehheh.. macam tu Tasha kena nyanyi untuk lagu kereta Tasha..
Vroom..vroom..vroom...
laju,laju..
oh, kereta Tasha laju ya. macam kereta Formula one (F1).
Tasha berjalan mendekati pintu rumahnya. dia melihat ke jalan raya yang berada di hadapan rumahnya.
vroom..vroom..vroom
laju, laju
minat benar Tasha pada kereta yang dia lukiskan tu abang. nampak sangat dia ikut perangai abang.
ye ke, anak papa ni.
pandainya Tasha..
Tasha melihat kepada mama dan papanya berulang kali. mereka masih tidak faham.
Tasha merengek-rengek secara tiba-tiba. kemudian dia berlari ke arah televisyen yang berada di ruang tamu.
Vroom..vroom..vroom..
dia nak tengok rancangan kereta agaknya. cuba awak cari channel tu mama.
yang ini? yang ini ke?
Tasha mengelengkan kepala.
Vroom...vroom...
Tasha merengek kembali kemudian dia berjalan menuju ke biliknya dan bermain dengan anak-anak patungnya.
sudah dua hari Tasha duduk di hadapan pintu pagar rumahnya bagaikan menunggu sesuatu. akhirnya papa dan mama mengambil keputusan untuk membelikan sebuah kereta warna merah yang Tasha boleh kayuh supaya keretanya boleh bergerak.
papa dan mama membuat kejutan dengan pemberian hadiah tersebut. tetapi Tasha cuma melihat sahaja.
papa dan mama sibuk-sibuk menyuruh Tasha mencuba kereta barunya.
Tasha merengek -rengek tidak mahu. kesian mama dan papa. walaupun Tasha sudah berusia 4 tahun tetapi percakapannya agak lambat. jadi mereka tidak faham apa yang Tasha inginkan. Tasha boleh di kategorikan kanak-kanak slow leaner.
apa yang Tasha mahukan ni?
vroom..vroom..vroom.
satu hari apabila pulang dari percutian. kereta yang dipandu papa baru saja berhenti di hadapan pagar rumah. Tiba-tiba Tasha membuka pintu dan turun menunjukkan sesuatu.
vroom..vroom..vroom..
eeiikkk.....dummmmmm!!!!!
Tasha!!!!! Papa dan mama mendapatkan Tasha yang sudah berada di tepi jalan dengan keadaan berlumuran darah. Tasha melambung tinggi kerana di langgar kereta merah yang dipandu laju oleh pemandunya.Tasha meninggal saat itu juga.
rupa-rupanya Tasha ingin beritahu ada satu kenderaan berwarna merah yang selalu dipandu laju di hadapan rumahnya.
dia ingin memberitahu mama dan papa bertapa bahayanya. sebenarnya dia menunggu rancangan berita untuk menunjukkan kepada mama dan papa akan berlaku kemalangan seperti di dalam berita tersebut. tetapi hanya Tasha saja yang tahu semua itu. hanya Tasha dan kereta mera
Monday, April 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment