11 April 2009
pagi ni aku berkejar ke opis. dalam pukul 8.00 pagi.coz pagi ni ada bacaan yasin di opis kau. begitu lah rutin setiap pagi jumaat. hikmahnya opis baru ni masih tetap berdiri utuh kerana keberkatan dari doa semua staffnya.
tetapi pagi ini agak mengerikan. waktu aku drive keluar dari rumah ku di apartment salvia, kota damansara. tiba-tiba seekor kucing dengan lajunya melintas di hadapan kereta. cepat2 cepat aku brek tetap malang tak berbau, aku terlanggar jug akucing tersebut. masih terdengar derapan tulang belulangnya. memang aku terkejut sebentar badan ku mengigil. aku tergaman dan melihat anak ku yang sedang bermain di dalam sit nya.
dengan lafaz masyallah aku teruskan panduanku ke tempat kerja dan ke rumah baby sitter anak aku. tetapi sepanjang perjalan memang badan aku seram sejuk. aku tak berani turun untuk melihat kucing tersebut... waktu pulang ke rumah juga aku tidak melalui jalan tersebut. aku terpaksa mencari laluan yang agak jauh sedikit.
dalam hati tertanya mengapa aku yang di pilih untuk melanggar kucing tersebut. dan mengapa di takdirkan kucing itu mati dengan dilanggar oleh aku...
sedih betul....kiranya aku ni langgar larilah.
ya allah lindungilah dari melanggar manusia...tak tahulah macam mana perasaannya nanti.
langgar kucing pun dah rasa terseksa dan penuh penyesalan...
Sunday, April 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment