Wednesday, February 25, 2009

Cerpen : Anis and The Gang

The Gangs
Karya kecil : Siti Ramzan Mohamad (Kuntum)
26. Mei. 2003



Tit,tut,tit,tut. Nokia 3310 menjerit dan menggeletar di atas meja kecil. Tiba – tiba terjulur tangan dari balik selimut dan meraba – raba di atas meja. Tetapi tangannya tidak tercapai. Telefon itu berhenti berbunyi tetapi berdering semula.
Uhh..!! rengus Anis kegeraman. Dia menolak kasar selimut yang membungkusi tubuhnya, tersembullah wajah kusut masai dan mamai Anis yang kurang jelita persis Mak Lampir. Dia merentap telefon kegeraman dan merenung ke arah skrin. (EN NASIR) secara tiba – tiba wajahnya berubah pucat. Anis menarik nafas panjang dan berdehem beberapa kali untuk memperbetulkan nada kerongkongnya.

“Hello...En.Nasir”.lembut suaranya.
“Anis, tido lagi ke?” Sergah En. Nasir.
Alamak kantoi aku.bisiknya dalam hati. “Eh, taklah encik… Saya baru mandi ni.” Tipu Anis.
“Whateverlah, Saya nak bagi tahu hari ini ada job untuk awak.” Ada nada menyindir pada mulanya.
Job! Jeritnya dalam hati. “Dekat mana tu?” Soal Anis.
“Ampang jaya.” Ringkas dijawab En.Nasir.
“Okey, bila nak saya ke sana?”
“Hari ni, I pick you pukul 11 nanti.”
“Roger En. Nasir.” Anis tersenyum simpul selepas talian terputus.
Dia baring semula. Bibirnya masih tidak lekang menguntumkan senyum berbau duit. Di dalam benaknya sekarang ini berputar – putar simbol Ringgit Malaysia. Dia melihat ke arah jam yang tergantung di dinding

“Alamak, dah pukul 10.15!” jeritnya terkejut.

Dia melompat turun dari atas katil dan berlari masuk ke kamar mandi. Beberapa minit kemudian dia keluar dengan badan yang terketar kesejukan.

“Oii,sejuknya.” Bebelnya seorang diri. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi.

“Adoi..dah lambat ni. Orang tua tu pun satu, lain kali call lah awal – awal.. Mangkuk betullah..!” bebelnya kegeraman. Tangannya mencapai seluar jeans lusuh kegemarannya lalu disarung ke kaki. Dia pun tidak pasti sudah berapa minggu seluarnya itu belum dibasuh. Dicapainya pula t – shirt merah bergambar mickey mice lalu disarung ke tubuhnya. Kemudian dikirai – kirai ke dalam bakul kain.

“Alah..mana pulak tudung putih ni?” Bebelnya lagi. Dilambakkan kesemua isi bakul ke atas katil. Tapi tidak ada apa yang dicarinya itu. Lalu dia beralih ke belakang pintu.

“Oh, rupanya kau di sini ye! Mari sini aku tengok kau komot ke tidak. Emmm..nampak gayanya tidak perlu digosok, senang aku sikit.” Anis bercakap sendirian.

10.50 pagi. Tin!tin!tin! kedengaran hon kereta menjerit di luar pagar. Ish, awalnya si mangkuk ni sampai! Bisik kemarahan hatinya. Dicapainya beg galasnya dan meluru turun ke tingkat bawah. Tum! Pintu utama rumah dibuka keras. Tum! Ditutup juga dengan kasar. Kasut yang masih tidak betul tersarung ke kaki dipijak - pijak menuju ke kereta Kia karnival silver. Kemudian tubuh yang kecil itu hilang ke dalam perut kereta. Kereta meluncur laju.


“Kau ni mesti lambat bangunkan, nyah.” Suhaimi yang duduk dibahagian hadapan mula bersuara.

Nak start enjinlah ni. Bisik hati kecilnya. “Awallah nyah.” Anis membuat gaya seperti suhaimi dengan tangan yang melonglai ketika bercakap.

“Kalau awal takkan bisa kelam kabut begini.” Hanum yang berada disebelah mencelah dengan loghat indon. Anis mendekatkan dirinya ke tubuh Hanum dan merapatkan sedikit bibirnya ke telinga Hanum.

“Dah faham buat – buat tak fahamlah.” Bisiknya. Hanum tersenyum bila mendengar ayat itu. Anis membalasnya semula.

“Sudahlah nyah, mak dah faham benar dengan perangai kau ni.” Suhaimi memulakannya sekali lagi.

Mangkuk betullah pondan ni. Getusnya di dalam hati.“Oh, ye..en Nasir. Job apa yang kita orang nak buat ni?” Anis menukar topik sebelum topik berkaitannya akan ke udara.

“Sampai sana you tengoklah sendiri.” Tiba – tiba berderai tawa kecil En Nasir. Seolah – olah ada benda yang tak kena.

“Job ni memang sesuai untuk orang macam kau, nyah.”suhaimi mencelah.

Anis menjentik belakang telinga Suhaimi dan kedengaranlah Suhaimi mengaduh kesakitan sambil menggosok – gosok telinganya.

Asal kau ni nyah? Suhaimi merengek kemarahan

Saje,rindu dah lama tak buat? Selamba dia menjawab

“Kau orang ni kalau berjumpa macam anjing dengan kucing.” Hanum mencelah.

Dia memang sudah masak dengan perangai dua sahabatnya itu. Dari kolej sehinggalah sudah tamat pengajian masih terus hendak bercekau. En.Nasir yang berada dibahagian pemandu tersenyum simpul melihat kerenah bekas pelajarnya itu. Dia berasa kagum dengan persahabatan mereka bertiga, dari dulu sehingga sekarang masih tetap bersama, susah nak berpisah. Susah senang mesti bersama. Sesekali dia melirik ke arah cermin untuk melihat raut wajah Anis. Walaupun lagaknya seperti tomboy tetapi keayuannya tetap terserlah. Dia begitu senang dengan laku kasar perbuatan dan pertuturan Anis. Entah kenapa dalam diam – diam dia memuja gadis tomboy itu. Walaupun dia nampak liar tetapi tidaklah bersosial bebas, tatasusilanya masih dipelihara baik. Walaupun Hanum lebih memiliki nilai – nilai wanita perempuan melayu terakhir tetapi Anis masih tetap tersenarai carta teratas. Lagipun usia mereka Cuma 10 tahun bezanya daripada usia Anis 22 tahun. Kalau dulu mungkin susah untuk dia menyatakan perasaannya kerana status mereka yang perlu dikawal dari peraturan yang telah disediakan. Tapi kini mampukah dia melakukannya kerana sehingga kini status itu sentiasa dibawa oleh Anis,PENSYARAH!

Hai, En. Nasir awat tersenyum sorang – sorang. Suhaimi disebelah memukul semua lamunannya. Dia terkejut dan cuba mengawal perasaannya ketika itu agar tidak terus dipermainkan nanti.

“Seronok tengok kau orang bergaduh.” Helahnya.

“Yelah tu!” Anis dibelakang menyampuk.

“Entah – entah teringat mambang tak?”kini giliran Hanum.

“Mambang mana pulak ni?” muka Nasir mula berkerut seribu.

“Hai..bunyinya macam ramai je?” Hanum masih mengusik.

“Ni yang mak sentap ni?”Suhaimi membuat muka jealous

“Emm..jealous pulak si minah ni.” Anis mengejek.

“Mestilah, kan.. En.Nasir ni gantang beras gitu. Taste!” Suhaimi melorotkan jari telunjuknya ke lengan Nasir. Hanum menggeleng – gelengkan kepala melihat kegatalan suhaimi. Dia tahu Suhaimi memang minat dengan En.Nasir.

“Ah..jangan nak menjaja kat sini pulak, jaga kehormatan kau tu sikit.” Anis menjentik jari suhaimi. Suhaimi mengaduh sakit.

Eh, minah jentik!satu hari tak menjentik tak sah ke? Suhaimi kegeraman

“Memanglah… kalau tak, apa fungsi nama minah jentik tu!” Anis membidas semula.

“Jealous!” Suhaimi malas nak bertekak lagi dengan Anis

“Hey, kau orang ni.janganlah kerana I yang handsome ni, you all nak bercakar pulak.” Nasir cuba berseloroh. Tapi lain pula yang jadi. Mereka bertiga terbahak – bahak ketawa. Hal itu membuatkan Nasir turut ketawa.

Perasan!!! serentak mereka menjawabnya.

“Pandai jugak En.Nasir berlawak.” Hanum mengejek.

“Okey dah sampai.” Nasir memberhentikan keretanya di tempat letak kereta berdekatan deretan rumah kedai Taman Cahaya. Hanum dan Anis berpandangan. Ada tanda kemusykilan di raut wajah mereka. Berbanding dengan Suhaimi yang sentiasa ceria bagaikan sudah tahu semuanya. Mereka bertiga berjalan seiringan membontoti En.Nasir yang mendahului mereka. Tiba dihadapan pintu.






Grrrrr….grrrrrr… bunyi mesin jahit elektronik mengetam kain. 40 buah badan patung perempuan tersusun di tepi cermin besar.

Adoi!! Terbit sedikit darah dari hujung jari tengah Anis. Dia menyonyot untuk mengurangkan pengeluaran darah itu.

“Eleh, kena sedikit mengadoinya lebih.” Sindir Rusdi yang sedang memotong kain.

“Suka hati akulah, apa kau sibuk?” Anis menjeling.

Dia tidak faham dengan perangai rakan sekerja yang digelarnya monyet keding itu. Entah mengapa ada saja urusan yang dibuat, selalu hendak dicampuri. Walaupun sudah 3 hari dia bekerja di RUHU.SDN.BHD, namun tidak pernah berbaik – baik sangka malah asyik tercetus perang mulut. Jika tidak kerana suhaimi dan Hanum menyabarkannya, sudah pasti teruk monyet Rusdi tu kena dengannya.

“Nama aje perempuan, menjahitnya tak tahu.” Sindir Rusdi lagi.

Dia dah mula dah..ayat itu ajelah topiknya. Getus hatinya kegeraman.

“Eh monyet! aku tahu ke, tak tahu ke..apa kaitan dengan kau? Sedara ke?!”Anis menyembur Rusdi.

“Memang dasar tomboy tudung mangkuk.” Sindirnya perlahan.

“Apa? Apa kau kata!” tengking Anis.

“Apa? Siapa cakap dengan kau?” Rusdi buat muka toyenya.

“Apa..kau ingat telinga aku ni pekak. Eh, walau kau umpat dalam sekalipun, aku boleh dengar ye!” Anis mula menunjukkan reaksi tidak senangnya.

“Eh, apa hal lagi ni nyah.” Suhaimi yang dari tadi memerhatikan pertelingkahan mereka dari arah mesin jahit mula masuk campur. Rusdi mendiamkan diri dan meneruskan kerjanya.

“Aku balik dulu.” Anis kebengangan lalu keluar dari studio. Di muka pintu dia berselisih dengan Hanum.

“Eh, apa hal ni?” Hanum menyapa tetapi sapaannya dibalas dengan muka yang mencuka diam seribu bahasa. Anis terus beredar.

“Merajuk konon.” Rusdi menyindir lagi.

“Eh, nyah apa hal dengan kau ni ha?” Suhaimi menunjukkan rasa ketidak puasannya.

“Apa hal pulak.” Selamba Rusdi menjawabnya.

“Ini tak lain tak bukan, bergaduh lagilah ni.” Hanum mencelah sambil bercekak pinggang.

“Benci betul aku dengan monyet ni tau,jantan gampang!” Suhaimi memukul bahu Rusdi.

“Monyet kau kata aku. Kau tu cimpazi sotong kering!” Rusdi ketawa terbahak – bahak kesukaan mengejek Suhaimi.

“Nyah, tengok dia ni.” Suhaimi mengadu pada Hanum.

“Eh, Rusdi antara kau dengan kita orang Cuma rakan sekerja sementara. Jadi kau buat kerja kau kami buat kerja kami.” Hanum membuat perhitungan. Rusdi mencebikan bibir seolah – olah menjengkelkan kata – kata Hanum.




Diluar jendela kelihatan hujan turun mencurah – curah. Anis duduk di birai katil sambil membelek – belek majalah ujang. Malangnya nasib majalah dilemparkan ke lantai. Dia menghempas tubuhnya ke atas katil dan merenung ke siling. Mainan mindanya kini tertumpu pada peristiwa tiga hari lepas. Dimana, hari pertama dia bertemu dengan En. Shahrom tuan empunya studio RUHU.sdn.bhd dan rakan baik kepada En. Nasir. Malah kali pertama dalam sejarah hidupnya kena menjahit patung costume dan bertemu dengan rakan kerja yang macam monyet, ungka,#*@!##!!/……..jeritnya dalam hati.

“Okey guys I tinggalkan you di sini, so pandai – pandailah buat kerja okey.” Lembut tutur kata Nasir.

Tetapi senyuman sinis yang terukir di bibir yang dihiasi kumis manisnya menyakitkan pemandangan Anis. Kalau dia tahu inilah job yang harus dia buat, mati hidup semula pun dia tidak mahu. Dari kecil hidupnya hanya bergelumang dengan benda – benda yang kasar dan permainan lelaki milik abang – abangnya. Jangankan nak memegang jarum, periuk belanga, penyapu roman dan kerja orang perempuan semuanya diuruskan oleh ibunya. Lagipun di kolej dulu komputer dan warna adalah temannya sebagai student grafik. Baru sebulan ditabalkan sebagai graduan dan penganggur terhormat. Ke hulu ke hilir dia cuba mencari kerja, tapi zaman sekarang zaman meleset, permintaan melebihi penawaran. Oleh kerana itu buat sementara waktu dia membantu bekas pensyarahnya menbuat kerja part time sebagai freelance event. Walaupun masa kerja tidak menentu tapi dia seronok kerana mampu berdikari sendiri. Dia sememangnya tidak suka bergantung hidup dengan abang dan ayahnya, biarlah abang long saja membantu ayah di syarikat kecil milik ayahnya dan abang ngah dengan kerjaya arkiteknya. Manakala ibu dengan tugasnya sebagai pengetua sekolah. Dumm! Dumm! Petir sabung menyabung dilangit Anis menekup telinganya. Lamuannya tadi berkecai seribu. Kini muncul pula muka Rusdi. Masih terngiang – ngian di corong telinganya sindiran – sindiran si Rusdi monyet. Dia tidak faham kenapa hanya pada mulanya Rusdi begitu mesra dengan mereka bertiga, tetapi selepas itu bermusuhan terutama dirinya. Anis mengeluh kecil. Dicorong radio pula berkumandang lagu I’m with you dendangan Avril. Anis mengikut setiap baris lagu tersebut dengan berselubung di dalam selimut. Tuk! Tuk! Tuk!kedengaran daun pintu diketuk.

“Anis! Anis!” Kedengaran suara seorang wanita memanggil dari luar.

“Ya,bu!” Sahut Anis dari dalam selimut.

“Ada call ni!” Panggil ibunya lagi.

“Cakap anis takde,bu.”

“Penting katanya.”

Ish! Anis melangkah longlai ke arah pintu. Dipulasnya tombol pintu dan menarik daun pintu. Cahaya yang terang dari luar menyilaukan matanya.

“Cakap sajalah tadi, bu.” Anis menutur malas.

“Kenapa dengan kau ni,Anis. Duduk dalam gelap, muka pucat lesi, tak sihat ke?” Puan Rosnah menyentuh dahi anak bongsunya itu.

“Anis turun dulu,bu.” Anis tidak mengendahkan pertanyaan ibunya dan berlalu turun ke tingkat bawah.

Puan Rosnah Cuma mampu menggelengkan kepala melihatkan perangai anaknya itu. Dia melangkah masuk ke dalam bilik Anis dan mencari suis lampu. Bilik menjadi terang benderang.

Astagafirullahalazim.mengucap panjang puan Rosnah apabila melihat bilik anak daranya itu macam kucing beranak, dengan baju kotor dan bersih bersepah – sepah di atas lantai dan katil. Kemudian dengan majalah, cd dan tape game bertaburan di atas meja. Aku tersalah didik ke anak ku ini? Detik hati kecilnya. Puan Rosnah duduk di birai katil dan melihat di persekitaran ruang bilik anaknya itu. Anak matanya terpaku pada bingkai – bingkai gambar Anis meningkat remaja. Raut wajahnya memang seiras wajah suaminya En. Uthman. Dia masih ingat selama 5 tahun dia menunggu kelahiran cahaya mata yang ketiga selepas anak keduanya Azveer dan dengan penuh harapan biarlah kali ini zuriatnya adalah perempuan. Alhamdulillah berkat usaha dan doa akhirnya lahirlah Anis Marwani. Kehadirannya disambut dengan kasih sayang dan cinta yang tidak terhingga dari ahli keluarga mereka. Setiap saat Anis setiansa berada dalam pelukan dan tidak setitis pun air mata Anis dibenarkan mengalir. Begitulah anak kesayangannya itu ditatang bagai minyak yang penuh. Tetapi apabila anak – anaknya mengikut cita – cita tersendiri dan dia bersama suaminya mengikut urusan masing – masing setiap hari, dia sudah terlupa pada keremajaan Anis. Dia juga sudah lupa bila kali terakhir dia masuk ke dalam bilik anak daranya ini. Dia mencapai salah satu bingkai gambar Anis dan mengusapnya, terdetik satu rasa yang sukar digambarkan cuma air mata yang mampu menjelaskannya. Mungkin rindu, kesal atau rasa serba salah? Buat seketika dia melayan perasaan setelah sekian lama sibuk berbakti untuk anak – anak didikannya.



Diruang tamu:

“Hello..”malas dia menjawabnya.

“Anis, ini abang Shahrom.” Jelasnya. Anis terkedu seketika apabila nama itu disebut.

“Emm..ada apa, abang Shahrom?” Tanya Anis

“Masih marah ke?” Soalan cepu mas muncul pula.

“Marah? Pada siapa?” Anis buat – buat tidak tahu. Tapi sebenarnya dia tidak ambil hati pasal peristiwa pagi tadi. Tapi tindakan dia meninggalkan studio begitu sahaja adalah kerana malas untuk menghabiskan tenaga mengeluarkan perasaan marah dan akhirnya akan mewujudkan kebenciaan yang amat. Dia tidak mahu menimbulkan sebarang masalah besar lagipun dia tidak diasuh untuk menjadi kaki pukul oleh kedua orang tuanya.

“Abang dah tahu semuanya dari Suhaimi. Rusdi dah abang bagi amaran.” Jelasnya lagi.

Eleh, minah ni memang kaki report betullah. Marahnya dalam hati. “Suhaimi bagi tahu apa? Apa pula kaitan Rusdi dengan saya?” Soal Anis buat – buat tidak tahu.

“Emm..jangan nak berselindung Anis. Rusdi selalu cari pasal dengan kamu bukan? Abang sebenarnya dah masak dengan perangai dia, kalau Anis tak cerita pun abang tahu memang ada masalahnya. Jangan ambil hati ye?” Ceritanya panjang lebar.

“Eh, takdelah.” Pantas dijawab.

Kalau macam tu, jumpa esok. Kata akhir itu mengakhiri perbualan sebelum Anis sempat mengiakan mahupun menidakkannya. Ganggang telefon diletakkan ke tempat asal. Anis mengurut dahinya yang tidak pening tetapi kebengangan. Dia melepaskan keluhan kecil. Hanya itulah yang selalu dilakukannya bila di landa keboringan sedangkan amalan itu sering kali ditegur oleh ayah toknya.

“Anis, tidak elok mengeluh. Sabar itu separuh daripada iman, usaha dulu kemudian tawakal.” Pesanan itu sentiasa disimpan elok, tetapi melakukannya tetap juga. Dia melihat ke atas. Kelihatan biliknya terang benderang. Pastinya ibu ada di dalam kerana kelibatnya tidak nampak di tingkat bawah. Alamak! Dengan pantas kakinya meniti anak tangga menuju ke tingkat atas.

“Ibu!” Terpaculnya di hadapan pintu dalam keadaan termengah – mengah sedikit. Puan Rosnah yang sedang menyusun barang – barang di atas meja memaling ke arah anaknya dan melemparkan sebuah senyuman yang paling manis. Terbeliak mata Anis bila melihat tempat tidurnya telah terkemas elok, manakala baju – baju telah diasingkan ke dalam bakul.

“Ibu..”Anis mendekati puan Rosnah. “Tak perlulah kemaskan, Anis boleh buat sendiri. Dia merengek kemanjaan.” Rengekan Anis bukan dibalas dengan sebarang kata bicara tetapi dengan pelukan yang amat erat dari puan Rosnah. Anis terkedu dengan tindakan ibunya itu. Tidak dapat dia mengambarkan apa yang sedang difirkannya, namum pelbagai persoalan muncul dalam kotak fikiranya kini.tiba – tiba dia terasa bahunya basah. Kenapa? Apa sebenarnya yang telah berlaku? Sangkaan demi sangkaan buruk muncul dalam gerak hatinya.

“Ibu.” Sayu nadanya. Anis merenggangkan pelukan ibunya. Dia menatap wajah mendung ibunya. Kelihatan air mata deras mengalir ke pipi. Di sapunya lembut dengan ibu jarinya. Hatinya turut hiba melihat perihal ibu yang amat dicintainya ini.

“Kenapa bu? Kalau kerana bilik ni, Anis minta maaf bu. Anis tidak bermaksud untuk menyusahkan ibu.” Adu Anis dengan rasa serba salah. Sesungguhnya dia tidak bermaksud untuk menyusahkan ibunya. Dia tahu usia 22 tahun ini bukan kecil angkanya, malah jika berkahwin sudah memiliki seorang dua anak. Malangnya dia tidak menitikberatkan rasa tanggungjawab dalam usia sebegini. Dia masih merasakan dirinya masih lagi anak kecil yang nakal tetapi pandai berdikari sendiri.

“Bukan Anis.” Sayu tutur kata ibunya. “Rasanya dah lama ibu tidak menjenguk kamu walaupun kita duduk serumah.” Sambungnya lagi. Terkedu Anis mendengar penerangan ibunya. Apa tersirat disebalik kata – kata itu? Dia tahu ibunya begitu sibuk dengan urusan di sekolah kadang – kala dengan persatuan diluar. Tapi dia amat memahami kesibukan itu, begitu juga dengan kesibukan ayahnya. Tapi sebenarnya kejarangan pertemuan mereka adalah kerana dia sendiri yang begitu sibuk dengan urusan kerja diluar yang tidak menentu masa, kadang – kala hari minggu pun dia terpaksa bekerja.
Lagipun sememangnya sudah tiba masanya dia melangkah ke masa depan seperti abang long dan abang ngah.

“Nampaknya ibu bukanlah pendidik yang baik, kerana ibu tidak sempat untuk mendidik kamu menjadi seorang anak gadis, Anis.” Air mata ibunya mengalir lagi. Anis memeluk ibunya dengan erat. Timbul sebak di dalam hatinya. Air di dalam matanya turut bergenangan.

“Jangan cakap macam tu bu. Ibu adalah ibu yang paling baik dalam dunia ni. Cuma Anis yang masih belum mahu mematangkan diri, bu.” Kebenaran yang lahir dari hatinya keluar juga satu persatu. Sememangnya bukan salah ibunya. Tapi perkara ini telah disalah ertikan oleh ibunya. Dia tidak mahu ibinya susah hati kerana perihal dirinya yang masih tidak bertanggungjawab ini. Di dalam hati Anis mula berikrar untuk berubah.

“Anis janji bu, mulai hari ini. Anis akan belajar dan buat semua kerja yang orang perempuan buat seperti ibu.” Ikrarnya pada Puan Rosnah.

Puan Rosnah geli hati mendengar ikrar anak daranya itu. Dari dulu dia tidak pernah melarang anaknya itu mengikut jejak abangnya. Mungkinkah sekarang Anis mampu mengubahnya. Dia sudah terlentur seperti lelaki dengan bermain perang – perang dengan abangnya. Tangannya yang comel itu menjadi kasar dek kerana memegang peralatan pertukangan dan peralatan pembaikian milik suaminya. Dia tidak pernah menghalang minat anaknya itu tetapi kini dia sedar, sampai bila Anis akan tinggal bersamanya. Suatu hari nanti Anis akan menjadi isteri dan juga seorang ibu. Tapi dia tidak didik ke arah itu. Puan Rosnah mula bimbang.

“Anis, ibu tahu kamu anak yang baik.Puan Rosnah mengusap lembut rambut Anis yang ikal panjang melepasi bahu lalu menghadiahkan sebuah kuncupan kasih di dahi Anis. Terpancar senyuman manis yang panjang lebar dari wajah puan Rosnah. Anis membalasnya dengan sebuah pelukan yang amat bermakna. Dia merasa begitu bertuah kerana mempunyai seorang ibu yang amat memahaminya.




Pagi yang nyaman dan menyegarkan. Anis melihat ke jam tangannya. Pukul 10.00 pagi. Dia berdiri dihadapan pintu bilik studio abang Shahrom. Jantungnya berdebar – debar untuk berhadapan dengan semua orang. Anis menarik nafas panjang. Tombol pintu dipulas dan pintu dikuak perlahan – lahan.

“Selamat pagi, semua.” Anis melemparkan senyuman girang yang di buat – buat.

“Selamat pagi”. Sahut Suhaimi, Hanum, abang Shahrom dan En Nasir dengan senyuman yang melebar hingga ke telinga. Dia memerhatikan setiap orang yang ada di dalam studio itu tetapi hanya satu kelibat yang tidak kelihatan. Si Monyet itu. Dia tak datang ke hari ni? Soalnya dalam hati.

“Hai, ingatkan tak nak datang dah.” Sindir En Nasir.

“Kenapa pulak tak datang, saya tak pernah diajar buat kerja separuh jalan.” Balas Anis dengan muka selamba.

“Oh, ye ke. Semalam tu kira macam mana pulak?” En Nasir masih terus menyindir.

Anis terkedu tak tahu mahu membalas apa lagi.

“Ha Anis, kamu datang sini naik apa?” Abang Shahrom mengalih topik perbualan Anis dan En Nasir. Sekaligus menyelamatkan keadaan. Dia tidak mahu kemeriahan bertukar menjadi tragedi seperti semalam. Oleh kerana dia mempertahankan Anis, Rusdi mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Dia tidak tahu kenapa masalah itu memberi tekanan yang berat bagi Rusdi. Tindakan Rusdi seolah – olah memberi persepsi yang dia terlalu membenci Anis. Tapi atas alas an apa dia tidak pasti.

“Naik Star LRT bang.” Jawab Anis sambil menjeling ke arah En Nasir.

“Kenapa tak call abang je, boleh abang jemput dekat rumah.” Shahrom menawarkan diri.

“Takpelah bang, saya tak suka menyusahkan orang.” Anis mencapai benang dan jarum dan memulakan tugasnya semula. Anak matanya sempat mengerling ke arah En Nasir yang sedang khusyuk membelek lakaran di dalam fail.

“Nyah, Rusdi dah berhenti.” Bisik Suhaimi ke telinganya.

“Apa?!” Anis terperanjat sehingga dia tak sengaja meninggikan nada suaranya. Bila tersedar akan hal itu, dia cepat-cepat menekup mulutnya. Kelihatan Abang shahrom dan En Nasir melihat ke arah mereka. Suhaimi dan Anis cepat-cepat menutup perbicaraan mereka dan menyambung kerjanya. Hanum merapati Anis.

“Abang Shahrom kata pagi tadi dia bagi tahu nak berhenti.” Sambung Hanum pada perbicaraan Suhaimi.

“Kenapa?” Anis kehairanan.Hanum dan Suhaimi mengangkat bahu mereka tanda tidak tahu.

“Pasal kau lah agaknye?” Suhaimi meneka.

“Aku? Pasal aku?” Dahinya berkerut seribu kerana tidak faham.

“Semalam, lepas aje abang Shahrom berjumpa ngan dia.” Terus hilang batang hidung dia. Alih – alih ada cerita baru. Hanum berbisik perlahan ke telinga Anis.

“Pasal aku ke, pasal kau sebenarnya ni Suhaimi?” Anis merenung tajam ke arah Suhaimi.

“Apa pulak pasal aku?” Suhaimi membangkang Anis.

“Kalau tak kerana kau bagi tahu abang Shahrom pasal hal semalam tentu perkara ni tak jadi. Anis membebel panjang. Jari telunjuknya sempat menunjal kepala Suhaimi.

Habis kau nak biar dia buat sesuka hati. Hairan aku kau ni tau, sepatutnya kau gembira orang gila tu dah tak ada kat sini.” Bengot-bengot mulutnya mengejek Anis.

“Mungkin aku gembira, tapi masalah yang timbul sekarang ni, abang Shahrom dah hilang pekerjanya.” Anis menunjal kepala Suhaimi sekali lagi.

“Cari ajelah yang baru!” Menjawab Suhaimi.

“Dah dapat dah.” Hanum mencelah ditengah-tengah ketegangan dua sahabatnya itu.

“Siapa?”Serentak Anis dan Suhaimi menanya pada Hanum.

“Rahsia.” Selamba Hanum menjawabnya kembali.

“Kewatnya, minah ni tau.” Suhaimi menepuk paha Hanum.

“Adoi!” Hanum mengaduh sambil mengosok pahanya.

Cakap le Num.” Anis memujuk temannya itu.

“Emm..nak tahu.” Hanum masih bermain-main dengan teka teki.

“Cepat le.” Anis mulai bengang.Hanum ketawa dan kemudiannya memuncungkan mulutnya ke arah Suhaimi.

“Dia.” Anis meneka dan tekaan itu disambut dengan anggukan dari Hanum. Maka berderailah ketawa dari Anis dan Hanum. Muka Suhaimi pula kemerah – merahan menahan kegeraman dikenakan oleh sahabatnya.

“Apa pulak mak, nyah.” Suhaimi menolak bahu Hanum.

“Padan muka.” Anis mengejek kesukaan.

“Apa yang suka sangat tu.” Tiba- tiba Nasir mencelah. Situasi menjadi senyap seketika.

“Takde apa.” Hanum menjawab selamba.

“Oh..nak berahsia ngan saya sekarang ni.” Nasir cuba mencuri perhatian dari anak muridnya itu.

“Biasa la En Nasir ini mesyuarat ahli – ahli tingkap remaja saja.” Hanum menambah lagi

“Eh, saya ni bukan remaja lagi ke?” Nasir cuba berlawak.

“Yelah, kita orang ni masih muda remaja lagi tau.” Abang Shahrom mula masuk corum.

“Eii… perasanya.” Suhaimi mengejek.

“Bukan muda remaja, tapi muda trantangtang!” Berderai ketawa dari Anis dan kengkawannya.

“Amboi..perli over nampak.” Nasir mengangkat keningnya tanda bengang dipersendakan oleh mereka bertiga.

Nakal betul budak- budak ni. Detik shahrom di dalam hati. Dia turut tergelak dengan sindiran Anis tadi. Terkena juga aku. Detiknya lagi.

Tritttt!trittt!trittt! melodi telefon En Nasir menjerit suruh diangkat.

“Hello. Waailaikumsalam.” En Nasir mengerling ke arah Anis.

“Baiklah, nanti saya jumpa puan di sana.” Salam diberi dan talian terputus.

“Rom, aku keluar kejap ada hal sikit.” Nasir memberi penjelasan

“o.k.”Shahrom tidak banyak soal.

“Ah..kau tengok – tengok kan dia orang ni. Kalau ada yang cabut lari lagi, tambat dia orang kat kaki meja tu.” Nasir mengerling ke arah Anis.

“Eleh!” Anis mengejek dari belakang.

“Kau orang pulak, jangan kerana Abang Shahrom tu baik. Kau orang nak buli dia pulak.” Nasir memberi pesanan terakhir sebelum dia melangkah pergi.

“Baik lah En Nasir.” Anis, Suhaimi dan Hanum menjawab serentak bagaikan orang suruhan yang menurut perintah.


Tit! Tit! Pesanan sms dari telefon bimbit Anis berbunyi.

ANIS, AKU AMAT MENYAYANGIMU.
KERANA CEMBURU AKU MELUKAIMU,
MAAFKAN AKU SAYANG.

- PRIVATE NUMBER-

haa..melopong mulut Anis membaca sms itu. Begitu juga Hanum dan Suhaimi.





“Ibu, ayah, kenapa tak berunding dengan Anis dulu.” Merah padam wajah Anis menahan marah. Dia tidak faham kenapa orang tuanya bertindak begitu. Sedangkan mereka tahu dia tidak suka bergantung lagi di bahu orang tuanya. Dia mahu hidup berdikari.

“Kami buat ni, untuk kebaikan kamu Anis.” Puan Rosnah memujuk lembut.

“Anis, bukankah ini adalah cita – cita kamu bertiga. Saya pernah terdengar perbualan kamu pasal nak buka perniagaan bersama suatu hari nanti. Mungkin inilah masanya.” Nasir berhujah panjang lebar sekaligus cuba memujuk Anis yang kemuraman.

“Memang ini cita – cita kami En Nasir. Jadi, itu adalah urusan kami.” Anis masih tetap dengan pendiriannya. Hanum, mencuit lengan Anis di sebelahnya.

“Apa hal” Anis berbisik ke telinga Hanum.

“Ada kala ada kebaikannya kita bermula dengan bantuan orang, Anis. Kadang – kala cita – cita yang berjaya adalah kerana sokongan orang yang tersayang.” Hanum cuba memujuk sahabatnya itu. Anis merenung wajah sahabatnya itu. Dia tertunduk mebisu.

“Anis, sebagai ketua keluarga, ayah rasa tindakan kami ini Cuma sumbangan kecil untuk melihat kamu berjaya. Ayah tahu kamu lebih suka berdikari tapi tak salahkan kalau ayah dan ibu mahu membantu untuk permulaan kejayaan kamu, Hanum dan Suhaimi ?” lembut En Mazlan menuturkan nasihatnya.

“Ayah… “ terhenti kata – kata itu.

“Anis, ada kebenaran kata pakcik tu.” Suhaimi tiba – tiba bersuara.

“Pakcik, makcik kami ucapkan terima kasih kerana mahu membantu kami. Susah sebenarnya kami mahu menerima peluang ini tanpa memberi apa – apa sumbangan.” Hanum memberanikan diri untuk menyokong Anis.

“Hanum, kamu dan Suhaimi dah kami anggap macam anak kami sendiri. Makcik dan pakcik sebenarnya kagum melihat persahabatn kamu bertiga. Kami Cuma mahu membantu tanpa mahu meminta sebarang balasan, cukup lah melihat kamu bertiga berjaya bersama – sama.” Puan Rosnah menerangkan satu persatu.

“Begini ajelah Anis, Suhaimi dan Hanum. Apa kata kamu anggap saja kamu meminjam modal dari Puan Rosnah dan En Mazlan. Sekiranya dah ada keuntugan kamu bayar sedikit demi sedikit.” En Nasir memberikan buah fikiran. Dia dapat merasakan bahawa cadangannya itu akan menyelesaikan masaalah ini.

“Macam mana Anis?” Suhaimi mencelah

“Anis... Hanum menggenggam tangan Anis.” Anis menganggukan kepala tanda faham akan pertanyaan Hanum.

“Kalau macam tu, Anis setuju ibu, ayah.” Anis akhirnya bersetuju.
“Alhamdulillah, selesai akhirnya.” En Nasir melepaskan kelegaan.

“Tapi Anis ayah tak mahu kamu tertekan untuk membayarnya. Ayah memberi kamu tempoh selama 5 tahun untuk kamu stabilkan perniagaan kamu dan kemudian baru membayarnya.” En Mazlan memberikan cadangan. Dia tidak mahu membebankan anak perempuannya seorang ini.

“Terima kasih ayah , Ibu.” Anis mencium tangan dan dahi mereka. Anis juga memeluk erat tubuh ibunya. Di dalam hatinya terdetik satu kebanggaan memiliki ayah dan ibu sebegini. Rasa yang teramat bersyukur tidak dapat digambarkannya.

“Ibu dan ayah dah berbincang, bahawa en Nasir akan menjadi penasihat kamu.” Puan Rosnah tersenyum simpul apabila mengumumkan berita itu.

Bagus juga tu. Suhaimi menguntumkan senyuman kebaggaan.

“Akhirnya tercapai juga impian kita.” Anis memeluk Hanum.

“Apa kita nak bubuh nama kedai kita ni.” Suhaimi membuka topik perbincangan.

Apa kata The Gangs. Anis memberi pendapat.

“The Gangs! Emm..okey jugak tu.” Hanum menunjukan reaksi setuju.

“The Gangs!” Mereka bertiga menjerit bersama. Riuh rendah rumah Anis. Mereka semua mula berbual tentang permulaan perniagaan mereka bertiga. En Nasir merenung kegembiraan pada Anis. Anis yang sedar akan renungan itu, membalas dengan senyuman bermakna. Hati mereka bagaikan berkata – kata. Terima kasih En Nasir. Detik hati kecil Anis. Tiba – tiba handsetnya berbunyi tone sms. Anis membuka peti simpanan sms telefonnya.

ANIS, SUDIKAH KAU MEMBALAS CINTA
MONYET INI.

-PRIVATE NUMBER-

Monyet? Ha.. Rusdi kau rupanya. Anis hampir mengeluarkan ayat itu dari bibirnya segera dia menekup mulutnya. Dia menjeling ke arah Suhaimi dan Hanum. Akhirnya dia memadam Sms itu. Maafkan aku Rusdi ada perkara yang lebih bermakna dari kau . Detik hati kecilnya




-Tamat-

lumiglow product-uptrend bisnes

LumiGlow®

Your D.I.Y and Holistic Way To Beauty and Health!LumiGlow® cream, which is specially formulated in Germany, helps to rejuvenate, tone and firm your skin, improves energy and immune system, has an anti-inflammatory and anti-spasmotic benefits and helps with hormonal imbalance.
What Are Hormones?
Hormones are endocrine secretions that balance and regulate the various systems in our body. These secretions are responsible for a series of functions involving the creation of life, growth, reproduction, aging, emotions and behaviour. As the source of our life force and vitality, it is very important that our hormones are in a constant state of balance. Otherwise we put ourselves at risk of various health problems and ailments. This will in turn affect the well being of our body, mind and spirit.
Hormone ImbalanceIn our modern society today, we are exposed to pollution, chemicals, stress, improper diet, premature aging and other negative factors. These factors give rise to an imbalance of hormones in our bodies.
In short, female problems associated with hormone imbalance are as follows:
Puberty(age 20)
:
Pimples, flat-chested, menstruation cramps, etc.


Pregnancy(age 30)
:
Infertility, insomnia, lethargy, skin becomes less firm, wrinkles, etc


Middle age (age 40)
:
Sagging breasts, osteoporosis, cold feet and hands, pigmentation, arthritis, etc.


Menopause(age 50 and above)
:
Gout, hair loss, night sweats, moodiness, hot flashes, wrinkles, etc.
Male health problems associated with hormonal imbalance:
Age 50 and below
:
Easily tired, cold feet and hands, lack of energy, constipation, lack of appetite, weight loss, muscle pain, cramps, etc.


Mentally
:
Lack of concentration, moodiness, become very sensitive, insomnia, depression, etc.


Sexuality
:
Lack of sexual desire, erectile dysfunction, impotence, etc.


Renal function
:
Frequent urination, incontinence, etc.


Cardiovascular function
:
Headache, cold sweats, heart palpitation, cold feet and hands.
LumiGlow® May Help To Settle All These Problems!
Ingredients of LumiGlow®
Dioscorea Villosa (Wild Yam)

LumiGlow® Cream is produced from a special formulation which is recognized as the best self-hormone remedy - the new star in biological medicine Dioscorea Villosa (Wild Yam). This special yam contains more than fifty hormone precursors. They usually grow independently in unpolluted barren lands without any insecticides and manure, thus automatically producing self-healing elements which can help stimulate human self-recovery and organ reactivation to make people feel younger, stronger, and energized.
The special ingredients of Dioscorea Villosa activate hormones to self-balance and stabilize and to produce a constant supply of what the body needs, thereby achieving good health and holistic well being. The active ingredient Diosgenin is known to have anti-inflammatory property.
Dioscorea Villosa(Wild Yam)
Wild yam cream has been widely used for hormonal imbalance, improving energy, rigor, stamina and endurance. Women commonly experience relief in premenstrual and menopausal symptoms.
Other ingredients of LumiGlow® are Aloe Vera, Soy Extract, Grape Seed Extract and Vitamin E.


Aloe Vera
An effective moisturizing agent in skin care products. It tightens, stimulates and rejuvenates skin for a healthy glow.
Soy Extract
It has the ingredients that are very similar to female hormones. Traditionally, soy product is the main consumption of people in China and Japan, where the incidences of hormone related cancer are low.
Grape Seed Extract
Grape seeds extract is well known for its antioxidant properties. Anti-oxidants helps to prevent skin damage from free radicals. It is 20 times more powerful than Vitamin C.
Vitamin E
It will help the skin to fight the damage caused by free radicals.
D.I.Y Means Do It YourselfWhy wait? Start your health and beauty plans today! You have LumiGlow® as your intimate guide and partner along the way.
As a supplement applied through the skin, LumiGlow® uses biotechnology as well as nanotechnology to deliver the goodness of active ingredients directly into the blood stream, bypassing the long and slow absorption process of the digestive system. Get great results through regular use. Get it, Rub it, Feel it and Look it!
DirectionsGently massage half a teaspoon twice daily onto the neck, upper arms (upwards), breasts (upwards and inwards), back around the waist (downwards), wrists (circular upwards), stomach (circular clockwise around the belly), inner thighs (circular upwards).
If any reactions persist, stop application and refer to the person who introduced you. Not recommended for pregnant and nursing mothers.
Product TestimonialsClick here to view our Product Testimonials.
Halal CertificationClick here to view the Halal Certification.

Disclaimer : The information given only informational and educational, and is not intended as medical advice or as a substitute for talking with your health practitioner.
Terms of Use Policies & Procedures Reminders to Members Code of Ethics
Copyright 2004-2009 Uptrend Network Sdn. Bhd. All Rights Reserved.