Thursday, May 13, 2010

bahan-bahan sos pizza

1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji tomato, dikisar
1 tin kecil tomato puri
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak masak/minyak zaitun
3 helai daun bay
1 sudu kecil serbuk oregano
1 peket daging kisar ramly (atau ikut suka)
5 sudu besar sos cili

cara membuat:
1. kisar bawang merah, bawang putih.
2. tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
3. kemudian masukkan tomato kisar, tomato puri dan daging kisar,
4. masak selama 20 minit hingga mendidih dan kemudian masukkan daun bay dan serbuk oregano.
5. masukan garam, gula dan perasa. sehingga menjadi sos pekat.
setelah masak, sapukan atas doh pizza.

doh pizza

1000gm (1kg) tepung high protin
10gm bread improver
120gn gula kastor
10gm garam
15gm yis segera
100gm shortening
500ml air.

cara membuatnya.

1. campurkan semua bahan kecuali air dan putar selama 3 minit.
2. kemudian mauskan air sedikit demi sedikit dan putar speed perlahan sehingga menjadi doh yg elastic selama 20 minit.
3. keluarkan dari mesin pengadun dan rehatkan selama 5 minit.
4. potong doh seberat 80gm dan rehatkan sebentar.
5. kemudian gelekkan doh menjadi bulat dan letakkan atas tray.
6. cucuk-cucuk atasnya dengan garpu kemudian bakar.
7. masak separuh masak dlm 8 minit dengan suhu 180celcius.
8. kemudian keluarkan dari oven dan letakkan topping yang kamu mahu. kemudian bakar selama 10 minit lagi.

donat

300gm tepung protin tinggi
200gm tepung protin rendah (superfine)
80gm gula kastor
11gm yis kering
secubit garam halus
70gm marjerin/mentega/shortening
1 biji telur gred A
150gm air sejuk
130gm susu sejat(sejuk)

cara membuatnya:
1.satukan tepung, gula, garam, marjerin, yis dan telur ke dalam mangkuk pengadun dan putar dengan kelajuan sederhana perlahan. kemudian tuangkan air yg dicampurkan dengan susu tadi.

2. tukar kelajuan dan putar selama 7 - 8 minit sehingga doh lembut dan tidak melekat.

3. masukkan dalam bekas tertutup, dan rehatkan selama 45 minit sehingga dia mengembang.

4. canaikan doh dan terap dengan acuan donat. kemudian rehatkan selama 15 minit supaya ia mengembang kali kedua.

5.panaskan kuali dan mengoreng.

roti ban manis

bahan doh sponge (1/2 adunan)

560gm epung high protin
335gm air sejuk
7gm yis segera



cara membuatnya :

1. satukan semua bahan dalam mangkuk pengadun dan putar kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga doh tidak melekit. kemudian masukkan dalam bekas atau plastik dan biarkan ia mengembang selama 3-4 jam.


bahan doh roti (1/2 adunan)

240gm tepung roti
160gm gula kastor
16gm yis segera
30gm susu tepung
12gm bread improver
12gm garam halus
55gm air sejuk
1 bijil telur gred A
80gm mentega
40gm lemak sayur (shortening)


cara membuatnya.
1. satukan bahan kering dan gaul rata. garam dan yis harus diletakkan berjauhan di dalam bekas sebelum di gaul. di gaul dengan menggunaka speed sederhana. kemudian masukan telur dan air perlahan-lahan. putar sehingga menjadi doh.

2.setelah itu masukkan sponge doh yang telah dibuat terlebih 3 jam awal tadi sedikit demi sedikit selama beberapa minit.

3. kemudian masukkan mentega dan lemak sayuran ke dalam adunan dan putar selama 20 minit. ( nak masukkan semua mentega pun boleh, lemak sayuran cuma mahu menjimatkan kos)

4. selepas itu, cuba cubit sama ada ianya elastic dan tidak koyak.

5. selepas itu, rehatkan selamat 10 minit dan tutup dengan plastik.

6. timbang dalam 40gm setiap doh, dan bulatkan. kemudian rehatkan dalam 10 minit. kemudian barulah dibentukkan dan dibiarkan mengembang kali kedua selama 1 jam 30 minit. kemudian gliskan telur dan bakar pada 190celcius selama 10-12 minit.

Sunday, May 9, 2010

tudung

- rm 20.00 sehelai, atas awningnya ada kain organza, kainya lembut dan mudah dijaga.

- rm 30.00 sehelai , terdapat dua layer, bahagian atas jenis kain biasa, bahagian bawah adalah kain jarang yang lembut, mudah dipakai dan digayakan.

tudung jangan pandang belakang - rm 30.00 (tidak termasuk kos penghantaran)










- FREE SIZE
- MACAM-MACAM WARNA
- KAINNYA SEJUK DAN MUDAH DIJAGA

tudung 3D - rm 30.00 (tidak termasuk postage)


- FREE SIZE
-MACAM-MACAM WARNA
- KAINNYA SEJUK DAN MUDAH DIJAGA