Friday, May 7, 2010

D'jendela

hari ni, waktu rehat aku berjalan-jalan dengan kak nisa dan kak liza, mencuci mata, sambil mengkayakan GIANT. wah..statement. ..sedangkan inilah dia dunia permintaan dan penawaran.
konsep KHIDMAT PELANGGAN.

selepas membeli-beli. aku singgah di stall ice blended. pembantu jualan itu bangsa bangladesh. aduhai..lambatnya dia nak mulakan langkah-langkah penghasilan ice belded mocah tersebut. tapi aku masih berdiamkan diri dan bersabar.

kemudian dia menghulurkan cawan tersebut. " cuba rasa kak, minum sampai saya boleh isi lagi lebihan dalam blender ". aku terpingga dan terus menyedut.
" maaf ya, saya tak boleh sedut banyak-banyak ni, tolong tutupkan saje, lebih tu tak mengapalah. nak balik opis ni. aku menjawab mesra.
kemudian aku teringat untuk situasi dalam peperiksaan nanti.

selepas itu, kami bertiga singgah di restoren D'Jendela. wah, memujilah laksa penangnya yang sedap. tapi order ku bukan laksa penang. tapi laksa johor.

pelayan tu bagi tahu, itu adalah order yang terakhir. wah..boleh minta banyak.

malangnya, bila sampai sahaja makananku. persembahannya cincai-cincai sahaja. sudah hilang mood nak makan. kemudian aku cuba memujuk hati dengan mengaulkan semua ramuan.
hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhuuuuuuuu....masinnnyaaa..
(macam mana mahu makan ni). aku mengadu dengan seorang pelayan tu. tapi dia tidak mengambil apa-apa tindakan. lalu aku terus menolak pinggan ke tepi.

apabila tiba masa membayar, aku minta diskaun kerana kuar laksa itu masin.

statement penyelia restoren trsebut adalah : kak, customer sebelum ni siap tambah lagi kuah, akak pula boleh komplen masin.

statement aku pula : dik, memang masin, kalau tak percaya pergi cuba, saya makan sedikit sahaja.

moralnya, patutnya apa tindakan penyelia tersebut ? walaupun dia bagi free, tak perlu bayar. tapi apa ya yang patut dia mulakan ayatnya.

" SORRY" ..

orang yang tidak ada standard jawatan yang tinggi lebih baik layanannya daripada penyelia yang sudah diberi trainning dari syarikatnya berulang kali. renung-renungkan...

Thursday, May 6, 2010

mereka lagi.........

aduhai....
baru aku tahu kenapa aku malas nak ikut suami ku ke pasar malam hari selasa (5 mei 2010).
sampai saja di pasar malam. aku sudah nampak wanita yg sama memangku anak yg sama. jam tangan menunjukkan pukul 9.00 malam. keadaan anak tersebut sama, tidur dengan nyenyak sekali, di balut dengan kain tuala. (huhuhu..sebak makin berat di dada).

sah, anak kecil itu di susukan dengan ubat batuk atau sebarang ubat. bayangkan jika anak kecil itu boleh tidur dari pukul 5.00 sehingga ke waktu begini.

aduhai...lara semakin lara hati ni. sampai aku sudah tidak dapat menahannya YA, ALLAH. sudah hilang rasa malu dan segan menitiskan air mata di khalayak orang.

dalam kesesakan itu, anak kecil dalam umur 3 tahun. keadaan yang comot menolok seorang lelaki yang kudung kakinya. dia duduk di atas papan beroda sambil menadah bekas sedekah.
cantiknya, anak kecil itu. aku tidak dapat menahan rasa sedih. lalu ku letakkan not seringgit di dalam bekas. terdetik di hati cukupkah duit ini, tapi ini juga bukan hak mereka. pasti ada org lain yang punya.

waktu menunggu suami ku membeli nasi. aku berpaling wanita yang cantik molek keadaanya memangku anak kecil sebaya dengan anak ku aimi. cantik dan mulus anak kecil itu. bersih dan dirapi rambutnya. sedang nyenyak di pangkuan.

aku tidak dapat menahan lagi, melihat keadaan ini. aa yang harus ku lakukan. sampai ke kereta, aku menangis sepuasnya. dalam hati tidak lekang menyebut Allah..Allah..Allah berulang kali.
mewahnya aku berbelanja hari ini. sedang nasib mereka. pasti begini saja, jika di bawa satu sendikit. apa nasib anak-anak ini? bersekolah kah mereka? di mana tinggalnya mereka? makan mereka? pakai mereka? alas tidurnya denga apa? permainan apa yang menjadi hiburan mereka? tidak ada siapakah boleh membantu mereka?

Friday, April 23, 2010

MAMPUKAH AKU HARUNGINYA..

tiada kata yang mampu terucap
tiada andaian mampu disangka
dimana?
kemana?
mengapa?
bagaimana?
bilakah?
soalan demi soalan..
gentar semakin dekat, semakin kerap.
tapi mengapa ruang aku masih di sini, masih di sini dan masih di sini..
mengapa aku tidak besarkan mahupun melangkah
mengapa aku lemah lagi di sini..
air mata tidak mampu menjawab semua persoalan..
berikanlah aku kekuatan..berikanlah...

kisah benar yang menyentuh perasaan (KASIHNYA IBU)





wahai anak-anak sekalian. inilah secebis kisah realiti yang begitu hampir dengan kita. kasihnya ibu, sanggup berkorban apa sahaja untuk anak tercinta. tapi bagaimana kita pula. bila sudah dewasa apa pengorbanan yang mampu kita lakukan untuk mereka.



Wednesday, April 21, 2010

ISU KATA MENGATA

tersentap aku dalam lamunan sebentar. tersentap aku dalam kepesongan aku yang lama. tersentap aku kerana kata demi kata yang aku lontarkan tanpa ada rasa pada orang yang mendengarnya, orang yang melihatnya.

ya, isu mengata. semua orang mengata.
nape ya, kita mengata. rasa ketidakpuasan hati, rasa stress, rasa iri hati, (alamak semua negatif lah).
adakah kita sedar. kita tak sedar. kerana ianya sesedap makan daging KFC, ayam Percik, MCD, pizza hut..etc.

tiba-tiba dalam sedap itu, lidah kita tercucuk tulang belulang. (aduh sakitnya..)
baru kita sedar, dlm sedap itu ada bahayanya. kita sudah tahu lama isu-isu kata mengata, umpat mengumpat ini. tapi inilah namanya manusia. kadang kala kita terlalai seketika. kadang kala juga kita terus hanyut begitu saja.

ada orang suka mengata tapi dia tidak boleh menerima orang mengata dia
ada orang tidak suka mengata tapi masih dikata
ada orang suka mengata dan dia menerima orang mengata dirinya
ada orang tidak suka mengata tapi kadang kala dia terkata juga
ada orang suka mengata tapi dia juga boleh menghina
ada orang tidak suka mengata tapi dia berkata-kata
ada orang suka mengata kerana itulah dia
ada orang tidak suka mengata kerana dia tahu untuk bahagia dia menjaga lidahnya.

empat perkara yang aku dengar untuk bahagia :
1) teguhkan iman
2) menerima apa sahaja yang sedikit yang ada
3) menjaga lidahnya
4) menjaga maruahnya

pernahkah kita terfikir, kenapa orang mengata kita. kerana kita pernah juga mengata orang. tapi perlukah kita menghina orang yang mengata kita dengan kata-kata yang tidak elok?
kenapa kita tidak ungkapkan kata maaf dan berdoa agar hati orang yang mengata kita itu memaafkan kita. jika secara tidak sengaja kita menyakitinya dan kenapa kita tidak berdoa agar hati mereka itu lembut agar meminta maaf kepada kita.

kenapa peperangan masih berterusan? mengapa peperangan lambat untuk berdamai. jika berdamai pun sudah ramai terkorban.

fikir-fikirkan dan renung-renungkan. saya belajar dari kesilapan yang saya lakukan. saya belajar untuk down to earth. saya belajar untuk belajar mengalah yang bukan kata kasarnya KALAH tapi kata lembutnya MENANG.

siapa kita untuk menilai orang sedangkan diri kita tidak mendapat nilai yang sepatutnya dari yang ESA. amin

ISU HALAL LAGI

kelas minggu lepas telah membuka mata aku. selama ini kita tidak terfikir perkara ini.
makan di gerai orang ISLAM (MELAYU) halal atau tidak. makan di gerai orang bukan ISLAM (bangsa lain) HALAL atau TIDAK.

kita sebagai seorang islam, kenalah jaga kebersihan gerai, tempat masak dan sebagainya. janganlah guna ilmu-ilmu yang tidak sepatutnya hanya untuk melariskan makanan. berselawat itu lebih indah lebih perasa dalam makanan.

kami berduyun ke kedai makanan orang islam, kerna yakin ianya halal dimakan. tetapi ada juga peniaga yang tidak mengambil berat isu ini. hendak harga yg murah, beli pada pemborong yang status halalnya tidak sah. cara mencucinya juga tidak mengikut nas-nas kebersihan dan fatwa. jadi adakah halal yang makanan yang kami makan dari peniaga islam begini.

oleh kerana itu kadang kala orang yang bukan islam lebih sensitif. mereka mencari sumber-sumber yang boleh membawa orang islam makan di tempat mereka. tetapi isu ini tidak boleh diambil kira kerana beberapa perkara lain pula yang timbul.

oleh itu, renung-renungkanlah peniaga-peniaga muslim.

Tuesday, April 13, 2010

ISU-ISU HALAL ATAU TIDAK



Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan
Muzakaran Jawatankuasa Fatwa Kali Ke 22
Tarikh : 24 November 1988
Keputusan Fatwa :
' Kordial yang mengandungi bahan citarasa (flavour) yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya :
a) Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak
b) bahawa kuantiti alkohol dalam citarasa (flavour) itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.




Keju Sebagai Bahan Makanan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke 27
Tarikh : 3 Oktober 1990
Keputusan Fatwa :
" Keju sebagai bahan makanan adalah harus sama ada enzim yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuhan atau kulat atau binatang yang halal dan disembelih".

isu halal ini hingga hari kiamat barulah ada penamatnya. selagi ada islam dan muslimin dan muslimat di muka bumi ini. follow the rules. islam ini mudah. memang sudah terang tidak payah bersuluh.
dulu berjalan-jalan di emporium-emporium yang gah. pasti tidak rasa susah nak cari makan. kerana ada logo halal. ada sijil halal. tapi sijil-sijil ini dari badan-badan swasta.
tapi sejak isu ini sudah keluar di dada akhbar. dan penarikan logo-logo halal yang lain. maka mudah saja. walaupun ditulis halal. tetapi logonya tidak sama seperti di atas. lupakan sajala niat anda hendak menjamu selera. tariklah langkah anda. menuju ke medan yang lain. semoga kita semua dapat keberkatan dari rezeki yang kita makan.
Ada nasihat dari seorang teman. semasa masak itu. mulut kita sentiasa berzikir. sebutlah Allah berulang kali mahupun berselawat. padahal di tangan sedang menyiang ikan, memotong cili, mengupas bawang. zat keberkatan tu insyAllah masuk ke dalam makanan kita.