Tuesday, April 13, 2010

udang goreng tempura


udang saiz L
buang kulit sehingga ke paras ekor sahaja
1 biji telur
1 ulas bawang putih
lada hitam
tepung gandum
serbuk roti nona
cara - cara
1. telur, bawang putih yg dicincang, lada hitam dan sedikit garam dipukul bersama.
2. tepung gandum di bancuh seperti membuat lempeng
3. sediakan 3 bekas berasingan.
4. celup udang dalam tepung gandum , kemudian dalam telur, kemudian gaul dgn serbuk roti.
5. goreng sehingga kekuningan.
selamat mencuba.

ayam masak sinchuan


hehehe..resepi olahan sendiri. try ah..sedap gak
isi ayam
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar soso tiram
1 sudu besar cili mesin / cili serbuk
2 ulas bawang putih di ketuk
cili kering 3 tangkai di gunting kecil.
cendawan butang kering
cara membuat :
1. perap ayam dengan bawang putih, kicap pekat, soso tiram, cili (lebih kurang 3 jam)
2. goreng macam biasa. setelah garing angkat dan asingkang.
3. guna minyak yg sama tapi sedikit sahaja. kemudian tumis cili kering yg digunting. kemudian masukkan cendawan butang kering dan garam sedikit. kemudian masukkan ayam semula. gaul sebentar kemudian hidangkan. makan panas-panas.

asam pedas daging melaka


1 kg (daging + tetel (lemak daging)
minyak masak lebih kurang 2 senduk kecil.
15 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
cili mesin (25 batang cili kering)
air asam jawa
2 sudu kerisik
2 btg serai
5 helai daun limau purut
1. rebus daging sehingga empuk.
2.tumis bahang yg sudah di mesin (bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, cili kering) dengan minyak sehingga masak betul. kemudian masukkan serai yang sudah diketuk.
3. masukkan daging & air rebusan. masukkan air asam dan juga daun limau. masak sehingga sebati. kemudian masukkan kerisik, garam, gula dan bahan perasa jika mahu. masak sehingga tidak terlalu cair mahupun pekat.
selamat mencuba

siapa kah mereka?

5.45 ptg, aku keluar dari office. cuaca mendung diluar. aku memandu menuju ke destinasi berikutnya ke pasar malam kota damansara. emm..apa nak makan tuk buka puasa hari ini? otak aku ligat berfikir sambil memandang gerai ke gerai.

aduhai..sedapnya kalau dapat makan ikan parang goreng panas dng nasi, ulam sayur kangkung celur. cukup puas rasanya.

berapa kak, harga ikan ni. rm 16.80. Allahuakbar..mahalnya. pd hal dua kerat je ni. takpelah, psl teringin, aku bayar lah jugak.

aku berpatah mencari sayur pula. oppsss... kaki aku terhenti seketika.

Allahuakbar....aku bersyukur nikmat mu kerana tenaga dan rezeki yang aku perolehi ini menjaga maruah ku. anakku..bertuahnya dirimu, berjalan menaiki kereta, bermain di dalam rumah berhiaskan pelbagai permainan, berpakaian cantik dan selesa.

aduhai...kakinya kudung sebelah. di pangkuaannya anak kecil sedang nyenyak tidur. tangannya menadah-nadah not-not ringgit mahu pun besi sen. aduhai...sayunya hati ku. nak ku tanya..mata ku menjeling ke sana sini. mungkin ada yang menunggu, bisik hatiku. lalu niat hanya tuk anak itu. aku letakkan not ringgit di dalam tangannya. sepanjang perjalanan ke destinasi berikutnya. fikiran aku tidak lepas pada wanita berkulit manis itu. mungkin bukan bangsa sini. apa daya untuk membantu. jika ada kekuatan mahu saja aku menatang anak kecil itu untuk dipelihara. dummm..guruh diluar. makin sayu hati. aimi akan berada di dalam kereta 5 minit lagi. anak kecil itu, mungkin dibawah payungan dari hujan.

aduhai insan...selagi bernama manusia. inilah dia dugaan-dugaannya. biar berhambakan mu ya Allah. dari berhambakan sesama manusia.

Monday, April 12, 2010

tudung grade A(an-nur) -printed








size :M&L

harga : rm 43 (tidak termasuk postage)

Awning : thai silk

tudung grade A (an-nur)

pink
pink pekat
oren
merah cili
milo
unggu belacan
hijau lumut
biru gelap
hitam
coklat
unggu lembut
putih
hijau
kelabu
kuning tua
biru muda


size : M & L

harga : rm 33 tidak termasuk postage

awningnya - thai silk

kudapan

rempeyek (satu tin biskut) rm - 18.00
kuih gunting

kuih siput


kacang tanah berempah
saiz balang M - rm 18.00