Sunday, June 14, 2009

KELAS KEK & PASTRI





aku dah lama pendam hasrat dan impian untuk masuk ke kelas buat kek. aku menysal betul tak belajar dari dulu lagi. patutnya dah tahu minat memasak tu lebih nape aku tak ambil kursus katering atau perhotelan. aku sibuk nak ambil penulisan skrip. asalnya waktu kecil dulu aku pernah tanam cita-cita nak hasil tulisan aku keluar televisyen ataupun satu hari nanti muka aku nak keluar di kaca televisyen atas hasil kerja aku ni walaupun satu je. last aku terbabit dalam dunia teater dan impian aku untuk berlakon di atas pentas ISTANA BUDAYA tercapai juga. gambar-gambar aku terpampang gak di majalah dan juga poster. hehehehhe

aku dah cari area kota damansara ni. akhirnya jumpa juga sebuah sekolah di sini. tapi yuranya untuk sebulan rm 600 untuk 4 kelas. itu untuk program basic saja. lepas tu nak upgrade level rm 600 setiap level. emm...separuh dari gaji aku tu,lau tak banyak benda nak ditanggung aku tutp mata je. takpe, aku dah start menyimpan sekarang ni. insyaalah pasti aku akan masuk juga ke sekolah tu.
http://www.2decoratecakes.com/index.php?p=catalog&parent=119&pg=1

KABINET DAPUR

heheheh...dah sudah membeli set kamar. miggu berikutnya berposak-posak mencari kabinet daput punya designer. dari satu kedai ke satu kedai kami pergi. mahallahkan, kalau ambil yang modern dekat cecah belasan ribu. pada hal kecil je nak buat. yelah dapur apartment bukannya besar sangat. material sekarang ni dah mahal walaupun ekonomi tengah teruk sekarang ni.

hemmm..lama juga lah mencari-cari. last aku pun pergi lah ke welco kitchen dekat dengan opis aku di seksyen 6 ni. emmm...design dia not bad juga. so aku tanya ada ke apa-apa promotian. rumahnya tengah promosi satu set kitchen kabinet siapalh hob,hood dan sinki sekalilah harganya rm 3000. tetapi aku tak puas hatila dengan table top dia punya material. so balik aku bincang ngan hubby.

esok tu dia pun pergilah ke welco kitchen ni. bila kita orang pilih-pilih material akhirnya dah cecah rm 4700, itu pun kabinet je kami ambil dengan welco. ambil kejin konkrit. aku ambil surfacenya warna oren dan pintu kabinetnya warna putih jalur kelabu. biar nampak terang sikit. berkenan yang warna biru tu, tapi mahal pula yang macam tu, emmmm....

pas tu hubby aku lak nak sinki yang ebal sikit dan hood yang suction powernya tinggi. pasal aku ni jenis heavy cooking. macam-macam masakan nak try selalu. so carilah di kedai-kedai yang tengah dalam promosi sekarang ni,so dapatlah satu set elba dengaharga rm 1030, sinki set rm 430 . akhirnya semua sekali dah cecah dekat rm 7000. so terpakla ambil aeon kredit untuk bayar kitchen kabinet. takpelah yang penting ada aset dalam rumah dah. alah ambil kredit pun tak banyak rm3000 je untuk setahun. oklah kan...
minggu depan 19 jun 2009 baru siap kabinetnya. tak sabar nak tunggu...

mudah, cepat dan pantas. masa juga cepat berlalu.

Monday, April 27, 2009

KERETA MERAH

vroom..vroom..vroom...
laju,laju...

apa yang Tasha buat ni? mari mama tengok apa yang Tasha lukis ni.
Wah, anak mama ni dah ada impian beli kereta ya.
comelnya kereta Tasha warna merah..

papa ku pulang dari kota
papa ku belikan kereta
kereta kecil warna merah
boleh ku bawa ke sekolah
pon..pon..pon kereta kecil ku berbunyi
marilah adik mari naik
boleh ku bawa jumpa nenek..

hehehheh.. macam tu Tasha kena nyanyi untuk lagu kereta Tasha..

Vroom..vroom..vroom...
laju,laju..

oh, kereta Tasha laju ya. macam kereta Formula one (F1).

Tasha berjalan mendekati pintu rumahnya. dia melihat ke jalan raya yang berada di hadapan rumahnya.

vroom..vroom..vroom
laju, laju

minat benar Tasha pada kereta yang dia lukiskan tu abang. nampak sangat dia ikut perangai abang.

ye ke, anak papa ni.
pandainya Tasha..

Tasha melihat kepada mama dan papanya berulang kali. mereka masih tidak faham.
Tasha merengek-rengek secara tiba-tiba. kemudian dia berlari ke arah televisyen yang berada di ruang tamu.

Vroom..vroom..vroom..

dia nak tengok rancangan kereta agaknya. cuba awak cari channel tu mama.

yang ini? yang ini ke?

Tasha mengelengkan kepala.

Vroom...vroom...

Tasha merengek kembali kemudian dia berjalan menuju ke biliknya dan bermain dengan anak-anak patungnya.

sudah dua hari Tasha duduk di hadapan pintu pagar rumahnya bagaikan menunggu sesuatu. akhirnya papa dan mama mengambil keputusan untuk membelikan sebuah kereta warna merah yang Tasha boleh kayuh supaya keretanya boleh bergerak.

papa dan mama membuat kejutan dengan pemberian hadiah tersebut. tetapi Tasha cuma melihat sahaja.

papa dan mama sibuk-sibuk menyuruh Tasha mencuba kereta barunya.
Tasha merengek -rengek tidak mahu. kesian mama dan papa. walaupun Tasha sudah berusia 4 tahun tetapi percakapannya agak lambat. jadi mereka tidak faham apa yang Tasha inginkan. Tasha boleh di kategorikan kanak-kanak slow leaner.

apa yang Tasha mahukan ni?

vroom..vroom..vroom.

satu hari apabila pulang dari percutian. kereta yang dipandu papa baru saja berhenti di hadapan pagar rumah. Tiba-tiba Tasha membuka pintu dan turun menunjukkan sesuatu.

vroom..vroom..vroom..

eeiikkk.....dummmmmm!!!!!

Tasha!!!!! Papa dan mama mendapatkan Tasha yang sudah berada di tepi jalan dengan keadaan berlumuran darah. Tasha melambung tinggi kerana di langgar kereta merah yang dipandu laju oleh pemandunya.Tasha meninggal saat itu juga.

rupa-rupanya Tasha ingin beritahu ada satu kenderaan berwarna merah yang selalu dipandu laju di hadapan rumahnya.
dia ingin memberitahu mama dan papa bertapa bahayanya. sebenarnya dia menunggu rancangan berita untuk menunjukkan kepada mama dan papa akan berlaku kemalangan seperti di dalam berita tersebut. tetapi hanya Tasha saja yang tahu semua itu. hanya Tasha dan kereta mera

Wednesday, April 22, 2009

Imbasan Memori dalam hidup aku ke 3




punyalah susah mengandung..
time nak lahirkan anak ku ini ya Allah. ampunkanlah segala dosa ku..
kalau aku mati saat ini sudah berakhirlah untuk aku menjalani ibadah dan memperbaiki amalan ku..
akulah manusia yang berdosa ya Allah...
1 september 2008 (1 Ramadhan) - NUR IRDINA AIMI (Cahaya Kehormatanku dan Keberkatan)

mcm-mcm lah waktu dah terfikir.
tak tertahan sakit yang begitu lama.
nak diteran keluar pun memang lama..
sehingga anak kecil ku di masukkan di dalam icu selama 10 ari

tapi alhamdulillah, semuanya dah selamat.
aimi semakin membesar dengan cergas.
keletahnya tak tertahan melayan...lucu bangat...
anakku yang manja..
dah besar jadilah orang yang berguan,hamba yang solehah dan anak yang solehah.

amin...

Imbasan Memori dalam hidup aku ke 2


apabila melangkah ke alam perkahwinan...
mula tergedik-gedik nak mengandung..
yelah rasa susah hati apabila dengar kawan-kawan yang bunting pelamin.
tapi aku dah dekat 6 bulan kawin tak hamil lagi..
bermasalah ke aku ni...
last-last pergi lah check doktor...
doktor kata rahim aku keberlakang...
sedihnya....
so ramailah yang suggest pergilah urut, pergilah cari bidan kat cheras tu.
rupanya rahim aku duk sebelah kanan je...
paling tak di sangka waktu mengurut tu aku dah pregnant, 2 minggu....(yahoo!)
bulan november dapat kesan tu...
happy tak terkira bila buat test sendiri, psl dah lambat dtg period.
tapi laki aku ngan ayah aku buat lawak lak.
katanya tak mungkin, tu cuba tekaan semata-mata.
cis berdebah, suamiku ini...
cakap i love u u lap me...(bila dah ada mcm tak mau mengaku) wah mcm dlm drama lak.
tak lah...dia lah manusia yg paling happy...
tapi baru aku tahu betapa susahnya arwah mak mengandung kan aku selama 9 bulan.
susahnya dek non...mcm-mcm hal.
dgn muntah..muntah..
sakit situ sakit sini...
bila makin besar perut makin susah nak berjalan, bangun nak tido...
Allah tuhan saja yg tahu tu...
tapi seronoklah juga mengandung ni..

tapi paling best ayat aku sendiri..
ayang ni comellah...

Imbasan Memori dalam hidup aku




minggu depan adalah happy anniversary aku dan suami aku.
28 april 2007 kita org kawin.

so aku nak mengimbau memori kegembiraan di dalam hidup aku. heeheheh...
memori yang telah membawa aku ke alam rumahtangga (dulu gatal ha, rasakan..)
emmm memang ada suka dukanya lah juga.
memang adalah juga drama-drama hindustan, swasta, gov semua adalah...
terkeluarlah juga ayat"awak hantar saya balik umah bapak saya"(hehehehe)
tawakkaltu...

apabila tengok gambo perkahwinan aku yang tak di edit-edit lagi oleh suami aku, hingga ada perancangan nak ambil semula di studio tahun ni. rindu sangat nak kembali pada hari tersebut...(ada makna ni)

tergambar lagi senyum kambing aku di sisi keluarga suamiku dan keluarga ku..

baru aku sedar sekarang bukan mudah untuk melalui hidup dengan org yang kita sayang kerana asalnya dia asing dalam hidup kita yang dulu.

tapi itulah yang telah Allah janjikan dalam hidup ini.(Alhamdulillah)

sambg.............chapter 2

Hot Fm pilihan ku

setiap pagi kau mesti kena dengar suara fafau dan fbi.
tapi pagi ini kiran dan AG...
topik hari ni pasal kecantikan...
(hheheheehehe....mcm2 hal lah...)ada sorang ni dia bagi tips psl dia ni jenis kulit alergi kot.
so rambut sapu mayonis..
lau pergi salon bawa minya kelapa, bila nak steam rambut dia pakailah minyak tu dulu. untuk masker muka dia pakai beras dengan bunga cempaka. dia juga tak pakai perfume pun. ada satu kayu tu kot...
paling penting katanya kena banyak makan strawbery...

last kiran tanya, u ni nak jimat kos ke?
(mcm alah-alah la)
sebenarnya dia ni menjaga alam semula jadi. SELAMAT KAN BUMI KITA!

Tips: aku tgk kat tv hari tu. nak buat spa kat umah. beli je esen oren. alah spesies esen vanilla tu. pastu campur dengan buah limau. campur dalam baldi, bubuh air panas sikit, pas tu bubuhlah bunga apa pun korang nak buh, biasanya bunga mawarlah..
sabun badan tu dulu pas tu mandi ngan air tu. segar badan dek non...(ye ke)


selamat mencuba......