Wednesday, April 22, 2009

MAJLIS PERTUNANGAN NURUL




18 April 2009 - Majlis pertunangan Nurul.
Nurul ni member aku di Igb dulu.
sekarang dia dah bekerja di Titan Group..
mula-mula dia jemput dulu, siap minta alamat.
(hai tak kan hantar kad jemputan kot) - tup..tup betul kad jemputan ke majlisnya tiba di opis baru aku ni ha....
waktu kita org chat aku ada cakap mcm grand je ni. coz tahu jelah test mamanya yg vouge the vas..(heheheheh)
tapi kerana kesibukan bersama keluarga tercinta tak lah pergi ke majlis dia tu..
sekali 20 april 2009 dia hantar gambo kat ym..
alamak betul2 grand giler..
siap pelaminnya, mcm majlis pernikahan lak. hari ni dia ada bagi laman web kat fotopages..
sah memang grand.. photographer pun professional....
amboi minah ni...
apa pun selamat bertunang Nurul. semoga hubungan ko ngan adax oppsss...hilmi akan sampai ke jinjang pelamin sekali gus ke akhir hayat kamu berdua...
amin...
lau aku buat mcm ni dulukan best....

AYAM GORENG BEREMPAH

ini resepi mak mertua yang tercinta...

gambonya tak adalah..
tapi lau try sekali nak lagi

ayam seekor
serbuk kari ayam sepeket kecil cap babas
2 sudu serbuk cili babas
bawang merah
bawang putih
halia
serai
garam
gula
daun kari

mesin bahan di atas kemudian lumurlah dekat ayam , dgn serbuk kari, cili, daun kari.
pas tu perap...

pas tu boleh goreng. mana balance-balance daging ayam tak goreng tu boleh lah simpan kat tempat beku..

lagi lama di perap lagi sodap.
heheheeh
ikutkan banyak resepi keluarga mertuku yang aku nak kongsi...

Tuesday, April 21, 2009

steamboat tomyam

Wah kenyangnya collier. Collier adalah peminat masakan aku(hehehehe perasan).....
macam tulah dia selepas makan. Adik angkat ku yang comel ni. namanya ima...cutekan....sebelah yang menyibuk tu khairul ke70 heheheheh..(poyos)
mari main masak - masak . dia org ni memang suka suruh aku masak kat opis. biasanya buat steamboatlah. aku lak memang suka serve dia org makanan dari buat kerja opis. (heheheheh).bermangkuk-mangkuk dia orang tambah. aku lak tak lalu nak makan, pasal aku yang masak kan...

Steamboat tomyam (dapat pujian tu...)
cara buat kuahnya...
beli je pes tomyam adabi tu ( 6 peket)
mesin bawang besar sebiji
bawang putih 2 ulas, halia , lengkuas, serai lebih sikit.
pas tu tumis semuanya dengan pes adabi tu sampai masak dan mesra.
pas tu bubuh daun limau purut.
pas tu simpanlah, besok tu baru korang masak steamboat tu..(wal lah..sodap dek)



inilah di atara mereka budaj group design. hehehehe aku sayang dia org ni. kita org tak gaduh-gaduh pun...mcm famili. susah seang bersama. abangnya collier lah..
miss u all.
habis opis dah macam dapur umah aku . heheheheheh...








hadiah dari group design











hadiah dari group design untuk aku.





sungguh terharu tak terkata...(wahwahwah)




sedih tau...dia org memang the best...





i love u all. entah bila dia org kutip duit untuk beli gift ni. tapi memang dari sejak kawin, beranak smapailah dah berpisah ni. rasanya macam-macam dia org dah hadiahkan kat aku. terima kasih banyak-banyak. jasa mu tetap dikenang.

group design - igb


my last day 18 March 2009 di IGB Corporation Bhd


dept aku buat farewell untuk aku di tony roma's. suprise...
jantung aku berdegup kencang, rasa tak selesa je..
actually farewell day aku ni 17 april .
waktu ni tak tahulah apa perasaan aku.
sedih memanglah (huhuhu.....). tapi aku cover jugalah.
bagi aku inilah tempat kerja, dan group yang paling best dalam hidup aku. mereka selalu berada di sisi aku dalam keadaan susah dan senang. aku akan merindui saat bekerja dengan mereka..
yang mat salleh tu bos aku lah(handsomekan?)

Sunday, April 12, 2009

kahsian kucing itu....

11 April 2009

pagi ni aku berkejar ke opis. dalam pukul 8.00 pagi.coz pagi ni ada bacaan yasin di opis kau. begitu lah rutin setiap pagi jumaat. hikmahnya opis baru ni masih tetap berdiri utuh kerana keberkatan dari doa semua staffnya.

tetapi pagi ini agak mengerikan. waktu aku drive keluar dari rumah ku di apartment salvia, kota damansara. tiba-tiba seekor kucing dengan lajunya melintas di hadapan kereta. cepat2 cepat aku brek tetap malang tak berbau, aku terlanggar jug akucing tersebut. masih terdengar derapan tulang belulangnya. memang aku terkejut sebentar badan ku mengigil. aku tergaman dan melihat anak ku yang sedang bermain di dalam sit nya.

dengan lafaz masyallah aku teruskan panduanku ke tempat kerja dan ke rumah baby sitter anak aku. tetapi sepanjang perjalan memang badan aku seram sejuk. aku tak berani turun untuk melihat kucing tersebut... waktu pulang ke rumah juga aku tidak melalui jalan tersebut. aku terpaksa mencari laluan yang agak jauh sedikit.

dalam hati tertanya mengapa aku yang di pilih untuk melanggar kucing tersebut. dan mengapa di takdirkan kucing itu mati dengan dilanggar oleh aku...
sedih betul....kiranya aku ni langgar larilah.
ya allah lindungilah dari melanggar manusia...tak tahulah macam mana perasaannya nanti.
langgar kucing pun dah rasa terseksa dan penuh penyesalan...

Thursday, March 12, 2009

ujar lelaki

Ujar lelaki, wanita itu lemah Ujar wanita, mereka adalah lembut Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya Namun Ada yang tidak rela mengakuinya Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa Lalu wanita pun diam Diam seolah-olah menerima... Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari Hingga jarum jam tegak bertindih jari Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak Berehat,menonton TV sambil tergelak Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju Kakitangan semua digerakkan dengan laju Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu Makanan dihidang selepas solat Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji Sedang suami tersadar semula seperti tadi Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi Lantang membela nasib wanita.... Memberi kesedaran supaya segera bangkit Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi Hukum agama telah terpapar Wanita yang sering dianggap lemah Meneruskan hidup dalam segala kekuatan 'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL, KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL, KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'
Tak perlu mncari teman secantik BALQIS Jika diri tak seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W, Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT, Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..... .